Tuesday 29 May 2012

sambungan..

Bab 1 ..
Hampir dua tahun Damian tidak bersua dengan Maya dan sepanjang tahun itu , dia belajar erti sebuah rindu . Parah juga apabila mencintai seseorang dalam hidup ini . Malah perasaannya pada Maya masih lagi sama seperti dulu.

Damian yang termenung kembali sedar . Argh! Semenjak kebelakangan ini , hidupnya huru hara kerana cadangan mamanya yang meminta bahawa dia segera berkahwin . Bukan dia tidak mahu tapi rasa kasih dan sayangnya masih terikat pada Maya, tanpa Maya dia tidak bermaya.. Perbualan dia dan Datin Sofia semalam bermain di fikirannya.

   “Tengku Damian Aish! Pandang mama bila mama bercakap . Sampai bila Aish nak jadi macam ni ? Awak tu bukan muda lagi , umur dah nak masuk 28 tahun . Bila lagi awak nak kahwin , mama ni dah tak sabar nak menimang cucu “, luah mama sambil menyoal Damian garang . Belum sempat Damian membalas , mama menyambung kembali luahannya .

 “Hei , mama malulah dengan kawan- kawan mama . Anak mereka semua dah selamat , anak mama . Hurm .. Nak harapkan awak macam tunggu buah gugur . Senang- senang biar mama carikan . I don’t care , I give you time until two month . If , you don’t bring your future wife I will find girl with my stail  for you “ , beritahu Datin Sofia geram . Matanya memandang wajah anaknya yang tidak puas hati dengan keputusannya.

“Mama , Aish tahu bagaimana caranya nak uruskan hidup Aish . Mama tak perlu risaulah .. Bukan Aish tak nak kahwin cuma belum tiba masanya . Nanti dah sampai seru , Aish kahwinlah dan pada masa itu mama akan dapat apa yang mama nak iaitu seorang menantu dan cucu ..” balas Damian terhadap permintaan mamanya yang di rasakan agak gila .

“Sampai bila mama harus tunggu awak tu sampai serunya , sampai mama mati macam tu ..?”, soal mama pedas . Mama kalau dah marah cakapnya dah macam peluru meriam yang boleh membinasakan telinga orang yang mendengarnya .

Tok! Tok! Ketukan pintu pejabatnya membuatkan Damian kembali ke alam nyata . Kedengaran bunyi geseran pintu yana menunjukkan , pintu itu dibuka .

“Maaf menganggu En. Damian . Ini ada minit meeting untuk En. Damian . Sebelum saya lupa , sebentar tadi kita ada menerima panggilan daripada Bina Jaya Holding . Pihak sana ingin menangguhkan meeting ke minggu hadapan kerana pengarah mereka tidak dapat hadir kerana pergi melawat tapak pembinaan di Shah Alam “, jelas Rozita yang merangkap sebagai Personal Assistance (PA) Damian.

“Ok , thank . Zita , I nak you batalkan semua appoiment I hari ni . If , dia orang tanya kenapa , you cakap I amik cuti EL ok ”, perintah Damian kepada Rozita dan dia melihat Rozita melangkah keluar . Beberapa minit kemudian , handphone Damian menjerit minta di angkat .Ternyata Azim , sahabatnya di London dahulu semasa mengambil master . Azim mengajaknya keluar , pada mulanya dia malas namun setelah di pujuk akhirnya dia bersetuju . Itu pun bersyarat , asalkan Azim belanja. Sekali sekala teringin juga makan duit hasil titik peluh sahabatnya tu ..

Hampir sepuluh minit meronda , akhirnya Damian tiba jua di tempat yang di janjikan . Namun malang tak berbau , sewaktu Damian sedang tergesa- gesa melangkah ke arah Azim yang leka melambainya , langkahnya sumbang menyebabkan ia terlanggar seorang wanita .. Pelanggaran itu menyebabkan , barang- barang Cahaya terjatuh bersepah ..

“Hoi , bro! Lue jalan pakai mata atau pakai hidung ..? Aku yang punyalah besar ni pun kau tak nampak , apa kes! ”, tengking Cahaya yang geram . Sudahlah dia lewat nak pergi temuduga , mamat ayun al mangkuk tingkat ni boleh lak muncul . Betul- betul membawa petala betul .
   “Amboi- amboi , sedapnya bahasa kau mengata aku yew anak jin . Sesedap rasa bertambah perisa , kau tu yang mata kat lutut nak marah aku pulak . Orang kalau dah salah , pandailah minta maaf . Tak belajar sivik agaknya , itu yang tak bersivik tu “, bidas Damian selamba . Puas hatinya , sebenarnya memang silap dia pun dan dia memang berniat ingin meminta maaf tapi memandangkan anak jin ni sombong sangat baik dia diajar sikit.

“ Owh , kau kata aku anak jin yew! Kau nak tengok macam mana anak jin mengamuk , ni ha macam ni “, kata Cahaya sambil memandikan Damian dengan air cappucino yang di beli di Star Buck tadi . Baru puas hatinya . Tanpa menunggu lama setelah selesai mengutip kembali barangnya . Cahaya segera beredar sebelum mamat ayun al mangkuk tingkat ni membuat serangan balas .

Belum sempat Damian membalas , anak jin itu sudah hilang daripada pandangannya . Damian berasa tidak puas hati merungut geram , di tambah lagi apabila Azim hanya ketawa terkekeh- kekeh di saat dia dimandikan . “Tak apa , ada ubi , ada batas , ada hari Damian balas . Ni Damian lah , Tengku Damian Aish , pantang berundur sebelum membalas ..” bisik Damian di dalam hati sambil mengelap bajunya yang basah itu .

Yang pasti sebuah perang dunia ke tiga akan berlaku , dimana semua petala akan terjadi . Perang yang tidak akan dapat di hentikan oleh sesiapa melainkan diri mereka sendiri ..

Azmi masih lagi mentertawakan sahabatnya . Ketawa Azmi hanya menyemarakkan rasa dendam Damian .Mana tidaknya , baru nak feeling ronda- ronda dah kena bambu dengan wanita new ntah . Tension jew , serabut! Mood dia nak berjalan dah lesap , hilang dek marah .

Hampir dua jam memandu , dia tiba di hadapan rumah banglo berkembar miliknya hadiah sempena hari jadinya yang diberi papanya . Kadang kala dia mengaku yang dia kesunyian dan memerlukan teman hidup namun cinta lama sukar dilupakan .
                                                                  
Dia melangkah malas . Damian berjalan ke bilik mandi dan menarik tuala yang tergantung di ampaian bersebelahan dengan pintu toilet . Usai mandi , dia membaluti tubuhnya dengan tuala yang bercorak mickey mouse tu . Setelah itu , dia memilih baju t- shirt berwarna biru laut kegemarannya hadiah daripada Maya .

Sejak akhir- akhir ini , dia sering kali keletihan . Terasa jugalah bebanan yang digalas semakin besar , itu bermakna tanggungjawabnya dalam syarikat Mewah Mutiara Holding itu semakin berat . Kadang- kadang , marah juga dia pada papanya kerana memaksa dia meneruskan usahanya itu sampaikan dia terpaksa membuang minatnya pada lukisan itu . Sudah lama dia tidak melukis , gian juga rasanya nak berkarya .

Menjelang petang dia bergerak ke rumah mamanya kalau tak mau mengamok orang tua tu nanti , memang tak cukup tanah kena ligan dengan senduklah jawabnya . Bosan betul hidup macam ni . Kadang- kadang , dia ingin rasakan nikmatnya hidup dalam situasi berlainan . Perjalanan yang mengambil masa dua jam lebih itu membuatkan dia kepenatan dan lapar . Sesampai saja dirumah , terus dibedalnya kuih seri muka yang sememangnya merupakan kegemarannya sejak azali lagi . Dulu dia ada juga bertanya pada mamanya , mengapa kuih itu dinamakan kuih seri muka ? Agaknya , sesiapa yang makannya akan berseri kut .

“Tulah .. Mama dah kata cari isteri , teman hidup , tak nak . Macam- macam , alasan awak bagi . Tak ada jodohlah , tak berkenanlah , itulah , inilah . Argh , serabut jew . Ingat Aish , tempoh awak tinggal  1 bulan 29 hari jew lagi . Mama dah tak sabar nak dapat menantu , setakat ni mama dah ada calon tapi calon terbaik adalah sepupu awak tu . Apa namanya .. Ha , Cahaya Hidayah . Unikkan namanya .. “, terang mama dengan gembiranya . Mama kalau cakap pasal menantu mana pernah tak sedih , senyum sampai ke telinga lagi tu .

“Mama ni , tak habis lagi ke topic kahwin tu . Boredlah , mama ni serabut jew . Balik sini jew , kahwin . Kahwin jew balik sini ”, protes Damian akan kata- kata mamanya sambil memasamkan mukanya .

“Sampai hati awak Aish , cakap macam tu dengan mama . Mama sedar Aish , mama cuma nak awak bahagia saja . Tak lebih , tak kurang . Tapi awak cakap mama serabutkan hidup awak , baiklah mulai hari ni mama tak akan cakap dah pasal ni terserah awaklah Aish “, luah mama perlahan bermain dengan psikologi anak bongsunya tu . Senang jew taktik ni , mengalir air mata sikit . Pastu cakap dalam nada sedih dan resultnya ..

“Mama , maafkan Aish please honey . Aish tak sengaja , okey I promise kat you yang Aish akan bawa calon isteri untuk mama but please jangan menangis ..”, pinta Damian pada mamanya sambil mengelap air mata mamanya dengan sehelai sapu tangan .

“Promise ?”, soal mama kembali pada putera bongsunya .

“Yes”, balas Damian perlahan .

“Yahoo .. Awak dah janji ya . Tak sia- sia mama ambil kels lakonan dulu , sampai boleh menang anugerah lagi ,” sorak Datin Sofia menang . Senjata wanita memang power .

“Mama permainkan Aish! Bencilah .. Argh...!”, jerit Damian geram kerana dipermainkan mamanya itu.

“Jerit- jerit juga tapi janji kena tunaikan . Lagi pun mama tak permainkan Aish , sapa suruh Aish percaya ? Mama tak suruh pun .”, kata Datin Sofia selamba . Damian yang terlampau marah melangkah pergi dan berjalan ke kamarnya .

Datin Sofia hanya memandang anaknya berlalu masuk ke dalam bilik , biasalah nanti sejuklah hati puteranya tu . Tak akan lama rajuk anaknya tu . Datin Sofia berjalan ke dapur . Hendak menyediakan juadah petang buat suaminya .

Lewat petang tu , papa makan dengan penuh berselera sekali . Hilang penatnya , pada mulanya dia ingin membincangkan soal syarikat dengan Damian namun di batalkan kerana hari hampir malam dan kelihatannya Damian masih lagi keletihan setelah penat bermesyuarat bersamanya tadi mengenai projek pembinaan di Shah Alam.

Akhirnya , mereka mengambil keputusan untuk berehat dan menyelesaikan segala urusan pejabat di pejabat esoknya.  Papa dan Damian berjalan ke arah kamar masing-masing dan akhirnya lena dibuai mimpi indah.

No comments:

Post a Comment