Prolog ..
“Aku suka kau , Maya “, kata Damian bersungguh- sungguh menyakinkan Maya
sambil menggenggam tangan Maya kemas. Dalam diam Damian menatap wajah kekasih
yang berjaya mengetuk pintu hatinya itu. Bagi Damian , Maya terlalu sempurna
untuk dijadikan suri hatinya.
“Maafkan saya Damian , saya tidak menyintai
awak. Hidup dan mati saya hanya demi Raufal, insan yang amat saya cintai “,
luah Maya sambil menarik tangannya kembali. Tidak selesa rasanya apabila
tanggannya digenggam Damian erat.
Maya melangkah laju meninggalkan Damian
yang dalam kesedihan. Pengakuan Maya amat merobek hati lelakinya, mana tidaknya
hampir dua tahun perkenalan mereka. Sepanjang itu jugalah hati kecilnya bergetar
memanggil nama Maya.. Masih Damian ingat lagi kenangan mereka. Arghh! Memang sukar untuk
dilupakan.
Itu kenangan dua tahun lalu dan Maya telah
bahagia bersama insan yang dicintai .. Alangkah peritnya kenyataan hidup yang
terpaksa di lalui demi mengejar sebuah cinta . Ya , benarlah kata Amri satu
masa dahulu . Cinta dengan paksaan hanya akan menyeksakan jiwa dua insan .
Genaplah dua tahun dia hidup dalam kenangan
Maya. Kad dan surat pemberian Maya disusun kemas, masih dia ingat lagi sifat Maya
yang suka berutus surat kepadanya . Katanya , cara ini lebih romantiks dan mempunyai
nostalgia seperti orang dahulu .. Sedang leka mengemas , jarinya terpegang
sekeping kad berbentuk hati yang berwarna merah . Rupanya , kad pemberian Amri
sewaktu dia berkahwin setahun lalu . Kad itu diberi sebagai nasihat kepadanya
dalam melayari hidup bercinta yang penuh dugaan dan cabaran .
(Cinta terlalu indah untuk di ungkap dengan kata-
kata . Tidak semudah dengan
menyatakan “aku cinta padamu “ kerana cinta adalah
satu perasaan yang agung
bagi setiap insan yang bercinta . Ianya bukan sekadar untuk memiliki
tetapi satu perasaan ingin disayangi . Meski pun tidak dapat memiliki cukuplah
sekadar melihat dirinya bahagia ..)
Kad kecil pemberian Amri dibaca dan disimpan kembali . Ia , aku akan bahagia sekiranya Maya bahagia disamping Raufal . Damian kini mengerti apa yang cuba diluahkan Amri kepadanya . Kini dia semakin tabah dalam menjalani liku- liku kehidupan . Tidak seperti dua tahun yang lalu . Baginya , pengalaman adalah guru terbaik dalam mengajar erti sebuah kehidupan . Dia telah mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air setelah patah hati , baginya tiada apa lagi untuknya disini .
Kurang dua puluh minit sahaja lagi penerbangan MH7 dari Heathrow , London akan mendarat
di KLIA . Para penumpang telah diarahkan memasang tali pinggang keselamatan dan
bersedia untuk mendarat . Sayup-sayup kelihatan menara kawalan dan kawasan
sekitarnya yang dahulunya hutan kelapa sawit dan kini telah bertukar menjadi
sebuah mercu kebanggaan negara .
Damian hanya memandang tingkap kecil dan
mengeluh . Merenung jauh bagaikan dapat menembusi lapisan langit biru . Tidak
disangka , dia akhirnya akan pulang ke tanah airnya yang ditinggalkan selama
empat tahun . Benar kata orang hujan emas di negeri orang , tak sama dengan
hujan batu di negeri sendiri .
Pesawat yang membawanya telah selamat
mendarat. Para penumpang telah bersedia untuk keluar dari perut pesawat . Ada
yang sudah berdiri , tidak sabar ingin menikmati pemandangan di negara yang
sedang pesat membangun itu . Damian masih duduk di kerusinya sementara menunggu
laluan keluar sedikit lengang . Di ruang tuntutan bagasi, dia mengambil troli
dan mengangkat bagasinya dari conveyor.
Dari jauh mama melambaikan tangannya ke arah ku. Rindu benar Damian pada mamanya
, sejak lima tahun dulu mana pernah dia menjejakkan kaki di Malaysia sebaliknya
hanya melalui panggilan telefon sahaja lah tempat dia meluah rasa . Bukannya
dia tidak rindu pada tanah airnya ini .. Tetapi cintanya pada Maya yang
mengikatnya agar tidak berjauhan dengannya . Maya bagaikan udara yang
dihirupnya , tanpa udara itu dia pasti mati .
Abang
Aish! Abang Aish!
“Abang
ni, Madie panggil buat dek jew . Menyampahlah! Orang dah tak tahan menanggung
rindu tapi dia boleh buat perangai badak dia dengan orang . Serabutlah! “,
bebel adik Damian geram dengan sikap
abangnya yang tidak kisah tu .
“Abang
tak perasanlah sayang . Amboi , sekarang dah pandai buat muncung itik dengan
abang yew ? Siapa yang ajar , ni mesti dah ada boyfriend
.
Ingat abang tak tahu ke ?”, soal Damian sambil tersenyum menampakkan gigi
putihnya yang tersusun rapi .
“Mandai
jew . Sejak bila abang jadi ahli nujum yang tak bertauliah , lagi tak diiktiraf
ni . Suka-suka jew , mama tengoklah abang ni . Mandai jew buat cerita sensasi
lagi bikin kontrovesi ”, protes Madie malu dengan gurauan abangnya sambil
mengadu kepada mamanya manja .
“Dah,
Aish jangan di usik adik kamu nanti merajuk mama tak nak pujuk . Awak pujuklah
sorang-sorang , bukan awak tak tahu perangai baby awak tu “, beritahu mama
kepada Aish .
“Alaa
mama , usik sikit pun tak boleh . Mengadalah baby abang ni “, luah Damian
perlahan namun masih boleh didengar sambil menyalam mamanya dan saudaranya .
Wah
mama aku ni boleh tahan , satu kampung dia bawa semata-mata nak sambut
kepulangannya . Siap kakak ipar dan abang iparnya pun datang sekali , dahsyat
gila tu . Tak sangka , aku ni pun famous gak ek ? Bisik
Damian di dalam hati sambil tersenyum bangga . Okay aku perasan , kesah ..?
No comments:
Post a Comment