Tuesday 29 May 2012

sambungan..! b2


 Bab 2 ..
“Pejabat Tengku Iskandar Bin Ismail “, kata Cahaya perlahan .

   Hatinya berdebar- debar memandang pintu pejabat seorang lelaki yang terkenal itu ditambah lagi diatas kelewatannya . Ni semua gara- gara mamat ayun al mangkuk tingkat itu kalau tak dia tak akan lewat walaupun memang dia lewat sedikit , sepatutnya dia menghadiri temu duganya semalam tetapi terpaksa dibatalkan kerana kemalangan semalam . Sebelum masuk , Cahaya memerhatikan penampilannya . Setelah di rasakan okey , Cahaya melangkah masuk sambil memberi salam dan dengan perlahan dia memulas tombol pintu itu lalu mengambil tempat dihadapan Tengku Iskandar .

   “Tengku , saya datang untuk temuduga . Maafkan saya diatas kelewatan saya , saya menghadapi sedikit masalah sewaktu dalam perjalanan tadi “, beritahu Cahaya jujur .Wajah Cahaya ditatap dalam . Entah mengapa Tengku Iskandar suka menatap wajah gadis ni , terasa tenang saja . Lamunan Tengku Iskandar terhenti .

   “Owh , tidak mengapa Cik Cahaya . Sedap nama Cik Cahaya ni , unik macam orangnya “, puji Tengku Iskandar jujur sambil membaca resume Cahaya .

   “Terima kasih . Tengku saya ingin memohon jawatan sebagai akauntan di sini , adakah jawatan ini masih kosong ..?“, soal Maya .

   “ Ya , masih kosong . Hurm .. Setelah saya meneliti resume Cik Cahaya , saya rasakan Cik Cahayalah yang layak mendapat jawatan ini . Saya mengharapkan ketekunan dan kerjasama Cik Cahaya dalam berkerja . Maklumlah , ada  sesetengah individu mensia-siakan kepercayaan yang kami beri sehingga menyebabkan kami kerugian “, jelas Tengku Iskandar .

   “Tengku , tidak perlu risau . Saya tidak akan mensia- siakan harapan dan kepercayaan Tengku pada saya “, balas Cahaya menyakinkan bakal Bossnya itu .

   “Baguslah macam tu , tapi jangan sampai janji tinggal janji saja . Baiklah nanti saya akan panggil Yati supaya tunjukkan tempat awak dimana “, beritahu Tengku sambil menekan butang berwarna merah telefon pejabat itu .

   Tidak sampai seminit , Yati tiba . Setelah meminta diri , Yati menunjukkan tempat aku dihadapan Pengurus MIS itu . Kami berhenti dihadapan bilik anak kepada Tengku Iskandar yang lengkap dengan jawatannya . Aku baca plak yang tentera di pintu biliknya .

Tengku Damian Aish
Management Information System Manager

   Yati memperkenalkan aku dengan semua pegawai dan akhirnya kami tiba di meja aku . Not bad . Perabotnya tersusun kemas dan berhadapan dengan tingkap kaca yang membolehkan aku melihat segala pemandangan . Ternyata aku akan berkerjasama dengan seorang lagi Eksekutif Akaun iaitu Maisarah .



   Ketika Cahaya leka memerhati office barunya , bibirnya menguntumkan senyuman apabila terkenangkan perbuatannya tadi . Kartun betul , dia sebenarnya terkedu gak , lantaklah nasi dah menjadi bubur . Buat pandai sudah , fikirnya sambil mula mengemas mejanya yang agak berhabuk . Maybe belum pernah ada yang menjawat jawatannya barang kali , fikirnya .

   Jam menunjukkan hampir pukul 5.30 petang , maknanya waktu berkerja aku dah tamat . Akhirnya dapat juga dia berehat . Hampir satu jam memandu , akhirnya tiba juga ia dirumah sewanya . Sebenarnya umi ada menyuarakan supaya aku tinggal bersamanya namun aku menolak atas alasan ingin berdikari walaupun rumah umi agak besar maklumlah aku dilahirkan dalam keluarga yang agak berada tapi itu tak menjadikan aku seorang yang bongkak dan sombong .

   Assalammualaikum ..

   Kedengaran suara orang memberi salam , rupanya kak Joanna . Sudah lama mereka tidak bertemu , hampir setahun jugalah . Lepas dia berpindah ke Pahang menemani Abang Yan . Rindu jugalah aku dekat kakak ipar aku ni .

   “Waalaikummussalam “, jawab Cahaya sopan .

   “Boleh akak masuk ? Maklumlah , tuan rumah tak jemput- jemput . Alamatnya , tetamu minta masuklah . Kalau ada sepuluh tuan rumah yang macam awak ni , alamatnya mati kepanasanlah dayah oii .”, bidas akak Anna geram . Cahaya hanya tersengih apabila menyedari kesilapannya itu .

   “Ala akak ni , suka taw . Kenapa banyak sangat alamatnya akak , satu alamat cukuplah . Rumah adik pun ada satu jew .. “, usik Cahaya manja sambil mengunci pagar . Tanpa apa- apa signal , ketam mendarat di lengannya . Giant punya ketam , bisa betul .

   “Sedap ? Usik akak lagi . Dapat sebiji , padan muka tu. “, soal Joanna sambil menunjukkan gaya cubitan .

 “Akak nampak tak apa adik nampak ? “, soal Cahaya dalam nada suspens ..

   “Apa dia adik , kau jangan nak takutkan aku . Kang tak pasai- pasai dapat sebijik lagi .” Ugut Joanna garang .

   “Nak tau ke ?”, tanya Cahaya sambil tersengih seperti kerang busuk dah gayanya .

   “Apa dia ? ”, soal kakak iparnya kembali .

   “Nampak ketam giant mendarat kat tangan adiklah . Sampai merah tangan adik dibuatnya. “ gelak Cahaya . Faham akan maksud Cahaya , Joanna lantas mengejarnya . Mereka berlari- lari mengelilingi sofa dan akhirnya tertidur kerana kepenatan .

   Menjelang subuh , Joanna dan Cahaya menyempurnakan solat subuh mereka . Subuh ni terasa sejuk sekali , membuatkan mereka mengigil kesejukan . Selepas menunaikan solat , mereka berdua berjalan ke dapur . Jam yang tergantung di dinding menunjukkan pukul 7.00 a.m . Cahaya dan kak Anna bersama-sama menyediakan juadah untuk bersarapan pagi .

Pagi itu , Cahaya dan Joanna bersarapan roti jala dan air kopi sahaja . Cahaya memang suka minum kopi, lagi-lagi kopi jenama Hang Tuah yang berpaket hijau itu . Baru saja hendak melangkah ke kamar mandi , telefon bimbit miliknya hadiah daripada abangnya menyanyi minta diangkat . Rupanya sahabat karibnya , Amir dan Zulaika yang ingin mengajakya keluar berjalan . Cahaya meminta waktu selama satu jam untuk bersiap . Dia mempelawa kakak iparnya , namun dia menolak dengan alasan penat semalam masih terasa lagi .

   Cahaya memandu keretanya ke Mid Valley yang menjadi tempat kunjungan yang wajib mereka kujungi . Dah macam rumah ke dua bagi mereka bertiga . Semasa mencuci mata melihat barang yang dijual , matanya terpandang sebuah buku diari yang menarik minatnya . Lantas dia mengambil keputusan untuk membelinya bersama sebuah lagi buku yang bertajuk “Apa makna cinta dalam islam” yang baginya cukup menarik untuk dibaca . Ingin juga dia tahu bagaimana cara bercinta dalam islam .

No comments:

Post a Comment